Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Anggota baru Akademi Penyelidikan Islam yang terdiri dari para ulama Mesir dan beberapa negara Islam lain telah mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Yusuf Qaradawi pagi ini.
Akademi tersebut pada hari Rabu minggu lalu telah mengadakan mesyuarat tergempar untuk pemilihan ulama sebagai ahli baru yang mana 8 orang dari Mesir dan 5 ulama dari luar negara telah terpilih.
Mereka yang terpilih dari Mesir ialah naib Presiden Universiti al-Azhar Ibrahim Hudhud, Mufti Mesir Shauqi Allam, Presiden al-Azhar Usama Hasan al-Abd, Menteri Waqaf Professor dan Bahasa Arab Muhammad Mabruk, Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Urusan Islam Ahmad Ajibah, Professor Ekonomi Islam Fakulti Komersial Universiti Al-Azhar Raf'at al-Audi, Dekan Fakulti Teologi Muhammad Hashim serta Mahmoud Azab selaku pembantu Professor Jabatan Bahahasa dan Terjemahan.
Sementara itu anggota dari luar Mesir terdiri daripada ulama besar Mauritania Abdullah bin Baih, Bekas Presiden Univerisiti al-Zaituna Abu Lababa Husain, Presiden Majlis Ilmu Oujda - Maghribi Mustafa bin Hamzah, Presiden Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Agama di UAE Hamdan al-Mazroui serta Presiden Univerisiti Ulama Muslimin Algeria Abdul Razzaq Qassum.
Penceramah radikal Yusuf Qaradawi telah dipaksa meletakkan jawatan dari Akademi Penyelidikan Islam tahun lalu kerana menyemai banyak fitnah di kalangan umat Islam.